Wednesday, January 20, 2010

Pengambilan Pelajar Kursus Pemahaman Islam




Seramai 19 orang bakal pelajar Institiut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan ABIM pada 19hb Disember 2009 untuk mengikuti Kursus Pemahaman Islam untuk memantapkan lagi persdian mereka sebelum mendaftarkan diri ke IDIP. Minggu suai-kenal pelajar-pelajar tesebut telah bermula dari 20hb Disember 2009 dan berakhir pada 26hb Disember 2009. Dalam tempoh masa ini pelajar-pelajar telah dalam pelbagai aspek kerohanian serta kehidupan seharian. Mereka juga telah bergaul dengan pelajar-pelajar yang sedia ada khususnya dari kalangan pelajar orang asli. Untuk merapatkan lagi hubungan antara mereka acara sukan rakyat telah dijalankan di penghujung minggu suai kenal mereka.
Pelajar—pelajar ini akan mengikuti kursus selama 6 bulan di Pusat Latihan ABIM. Sepanjang jangka waktu tersebut mereka akan diajar matapelajaran berlandaskan Pengajian Agama Islam, membaca al-quran dengan betul serta memahami maksudnya , bahasa arab seharian serta pembelajaram bahasa melayu, inggeris dan matematik untuk menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan dunia luar yang menggunakan pelbagai bahasa.
Semoga selepas 6 bulan mereka berada disini mereka akan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengahadpi pelbagai cabaran dan dugaan di IDIP nanti dan seterusnya menjadi seorang pendakwah yang berjaya dimasa hadapan. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment